Minda Separa Sedar / Fikiran Dibawah Sedar
Perkaitan dengan Hipnosis
Manusia dianugerahkan Allah swt dengan 2 bahagian otak, iaitu otak kiri dan otak kanan.
Mengikut kajian, otak kiri adalah MINDA SEDAR, manakala otak kanan adalah MINDA SEPARA SEDAR. MINDA SEDAR berfungsi dalam alam fizikal dan mengawal lima pancaindera :
Minda sedar dibatasi oleh ruang dan masa kerana ia hanya berhubung dengan alam nyata atau alam fizikal. Pada setiap masa kita bergantung sebanyak 12% bagi aktiviti mental dan kehidupan harian pada otak kiri. |
Conscious Mind / Minda Sedar / Otak Kiri Logic / Logik Reason / Membuat Kesimpulan Mathematics / Mengira Reading / Membaca Writing / Menulis Language / Bahasa Analysis / Penghuraian Ego / Bangga Diri Subconscious Mind / Minda Separa Sedar / Otak Kanan Recognition / Pengecaman Rhythm / Irama Visual / Gambaran Imagiry / Khayalan Creativity / Daya Cipta Dreams / Mimpi Symbols / Simbol Emotions / Perasaan | MINDA SEPARA SEDAR berisikan data berupa :
Data yang terdapat di Minda Separa Sedar berasal dari pengalaman langsung yang kita alami sendiri, atau berasal dari pengalaman induktif dari pihak lain. Apa yang harus diberi perhatian, data di Minda Separa Sedar ini dapat berupa data benar atau data yang salah, Minda Separa Sedar tidak dapat membezakannya. Dengan lain perkataan Minda Separa Sedar tidak berupaya untuk menilai mana yang benar atau mana yang salah, umpama kanak-kanak berusia 4 tahun. Namun begitu, minda separa sedar menguasai 88% aktiviti mental dan kehidupan harian. Minda separa sedar memiliki pengaruh yang besar dalam pembentukan perilaku, juga menentukan respon-respon yang kita pilih saat terjadi suatu stimulus dari luar. Bahkan salah satu buku yang sangat terkenal (Peace of Mind dari Sandy Mc Gregor) menuliskan angka 88% untuk pengaruh Minda Separa Sedar, sedangkan Minda Sedar hanyalah 12% |
Semasa proses hipnosis dijalankan, minda sedar akan direhatkan buat seketika bagi memberi laluan kepada hipnotis untuk memberi saranan (memprogram) kepada minda separa sedar.