Bagaimana Saya Melakukan Hipnosis?
Bermula dengan bacaan al-Fatihah dan Ayatul Qursi - Memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya merestui dan melindungi Klien dan Hipnotis sepanjang sessi ini.
1. Pre-Induction Ketika pertama kali anda mengetahui sesuatu maklumat tentang saya atau pada waktu bertemu saya, inilah yang disebut Pre-Induction, tahap sebelum memulakan induksi. Setelah anda mengisi borang untuk menjalani terapi, saya akan memulakan perbualan mengenai masalah anda, menghilangkan salah faham dan rasa takut anda terhadap hipnosis, serta menjawab pertanyaan-pertanyaan anda. Pre-Induction juga disebut tahap Pre-Talk. 2. Suggestibility Test / Ujian Saranan Ujian saranan digunakan untuk mengetahui apakah seseorang itu memiliki jenis (physical suggestibility (saranan fizikal) atau emotional suggestibility (saranan perasaan). Mengetahui jenis saranan seseorang sangat penting untuk menentukan jenis induksi yang akan digunakan dan teknik terapi yang sesuai. 3. Induction / Induksi
Induksi (dalam bahasa hipnosis) adalah cara yang digunakan oleh hypnotist untuk membimbing orang yang dihipnosis mengalami keadaan trance hipnosis. Trance hipnosis adalah suatu keadaan sedar dimana bahagian kritikal fikiran sedar tidak aktif, sehingga orang yang dihipnosis sangat mudah menerima saranan yang diberikan oleh hypnotist. Syarat utama agar proses induksi berjalan lancar adalah anda harus bersedia untuk dihipnosis. Bila anda menolak untuk dihipnosis maka saya atau sesiapa pun tidak akan mampu menghipnosis Anda. Hipnosis tidak boleh dilakukan secara paksa. 4. Deepening
Deepening merupakan lanjutan dari induksi. Tujuan penggunaan teknik deepening ialah untuk membuat klien menjadi semakin suggestible (meningkatkan kemampuan untuk menerima saranan). Secara sederhana, kita boleh membahagikan tahap trance hipnosis menjadi light trance, medium trance, deep trance atau somnambulism. Somnambulism ialah keadaan mental dimana fikiran orang yang dihipnosis menjadi sangat positif untuk menerima apa saja saranan. Tahap trance hipnosis yang paling tepat untuk terapi atau pun untuk stage hypnosis adalah somnambulism. Oleh karena itu, apabila induksi seorang klien masih belum mencapai keadaan somnambulism, hypnotist perlu melakukan deepening dengan teknik tertentu yang boleh membuat orang yang dihipnosis mengalami somnambulism. 5. Terapi Fikiran Dimulakan
Disinilah Hipnotis akan memprogram semula minda klien dengan memberi saranan-saranan yang positif. Hipnotis akan membaca skrip saranan khas atau saranan secara spontan. 6. Mengakhiri Sesi Hypnotherapy
Inilah bahagian yang saya suka. Kerana apabila orang yang dihipnosis itu membuka mata, saya sering melihat senyuman yang ceria dan mata berseri. Itulah sebabnya mengapa saya selalu ingin melakukan hipnoterapi. Membangunkan orang yang dihipnosis dari keadaan hipnosis adalah hal yang paling mudah dan menyenangkan, lebih mudah daripada membangunkan remaja di hari minggu atau cuti sekolah. Sesiapa pun tidak perlu takut untuk dihipnosis kerana takut tidak pulih dari keadaan hipnosis. Sepanjang sejarah penggunaan hipnosis yang saya tahu, TIADA satu pun orang yang tidak pulih dari keadaan hipnosis. |
|