Zulkifli bin Ishak CH
|
Dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan Darul Naim. Mula meminati keilmuan tenaga dalam semasa berusia 13 tahun lagi, dengan berjinak-jinak bersama kumpulan tarikat. Mempelajari Silat Seni Gayung di Tingkatan 5 di SIC. Saya juga telah berpeluang mempelajari Silat Tongkat di Kg. Tikat dan Silat Kebatinan Cekak Sabil di Bawah Lembah Belakang SIC.
Semasa di tingkatan 6, keadaan telah merubah persepsi saya tentang ilmu kebatinan kepada ilmu ketuhanan, kerana ilmu ketuhanan adalah lebih kekal dan lebih ampuh dari segalanya. Belajar daripada guru yang dikenali sebagai Su (Mak Su Sabak) saya telah didedahkan kepada kebergantungan manusia terhadap Allah swt.
Setelah belasan tahun berguru dengan Su, segala selok belok perubatan dengan menggunakan tenaga dalaman telah saya pelajari secara on job trainning. Maklumlah seorang guru kampung, beliau tidak mengajar secara ber-silibus. Walau bagaimana pun terlalu banyak yang telah saya pelajari daripada beliau. Semoga Allah membalas jasa beliau kerana membesarkan saya dengan keilmuan yang sangat berguna di dunia dan akhirat, amin!
Bapa mentua pula membuka minda saya tentang keilmuan ini, membuatkan saya ingin menambah ilmu untuk lebih mengenali Allah Taala.
Bermula dengan kata-kata perangsang dari Prof. Dr. Hj. Shahrin b Ab. Rahman, saya telah membuka kelas Tenaga Sakti Anugerah Illahi pada Julai 2008. Saya telah dianugerahkan Master of Energy Healer dari beliau.
Saya juga telah mengikuti dan menjadi ahli seumur hidup Persatuan Shaolin Chi Kung, Kelantan. Semata-mata untuk mempelajari seni tenaga dalam kuno masyarakat China.

Saya mempelajari hipnosis kerana ingin mengetahui rahsia akal (minda) manusia, suatu kejadian yang sangat luarbiasa yang telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Syukur kepada Allah kerana pintu ilmuNya bertambah terbuka dan insya Allah saya akan gunakan untuk membantu sesama insan.